Home » , » Lirik Lagu Sumayyah – Hijjaz

Lirik Lagu Sumayyah – Hijjaz



Lirik Lagu Sumayyah


Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Chorus

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Disclaimer :  Blog http://liriklagudewi.blogspot.com ini tidak menyediakan link Download lagu Sumayyah Hijjaz mp3. Blog  ini hanya menyediakan kumpulan lirik lagu saja.Semua materi lagu dan lirik merupakan hak cipta dari pemilik yang bersangkutan.

Thanks for reading Lirik Lagu Sumayyah – Hijjaz

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »
Jessica Putri
Lirik Lagu 2017 Updated at: 05:04:00